Cekodok Pisang ala Bujang Terlajak
Published by iJun Thursday, 14 July 2005 in Lost Humour and Rhymes, Lost Culinary | Popularity: 6% Tags: No Tags.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) Pisang yang telah lama terbiar dan bau agak power
2) Tepung yang terperap dalam almari berbulan-bulan
3) Minyak goreng yang dikitar semula (recycle) tak lebih dari 3x
4) Gula ikut sedap hati
Perkakas untuk memasak:
1) Kuali atau periuk yang sedia ada
2) Sudu kayu atau penyedok yang telah dibasuh
3) Mangkuk atau bekas untuk menggaul bahan
4) Pinggan untuk menghidang
5) Dapur gas atau elektrik

Cara-cara mebuat:
Ok, mula2 kau ambik pisang tuh pastuh kau buang kulit dia. Tak payah basuh dulu, bukannya macam sayur. Kalau kau basuh pun tak salah aku rasa. Kat sini aku pakai mangkuk and 4 biji pisang, so kita tengok lah nanti berapa ketul cekodok boleh dapat ok?

Aku ambik sudu kayu pastuh penyek2kan pisang tuh. Pisang tuh pun dah lembik, so tak susah la sangat. Tak silap aku kalau kau nak penyek2kan pakai tangan pun ok. Tapi sebab aku nak ambik gambar aku kena pakai sudu lah. Anyway, pisang tuh patut sekarang dah cair gila and berair.
Sekarang kau kena tambah tepung sikit. Ko letak sikit2 aje dulu pastuh ko kacau lagi pisang cair tuh. Selagi masih cair, selagi tuh kau kena tambah tepung. Kat sini aku nak bagitau, kalau sikit sangat tepung, nanti bila kau goreng, dia melekat kat kuali and pecah2. Kalau kau letak banyak sangat tepung pulak, dia jadi keras gila and rasa pun hilang. So kau pandai2lah budget hehe.
Oh sebelum aku lupa, ko jangan pandai2 tambah telur pulak. Kau gila apa? Ini bukan jemput2 ikan bilis!!! Air pun jangan kau pandai2 nak tambah. Sebab tuh aku suruh kau letak tepung tuh slow2. Gula tak wajib, tapi kalau kau letak rasa dia lagi best. Lagi banyak lagi best tapi jangan la lebih2. Aku letak dalam 2 sudu besar camtuh.

Ok skarang time untuk kita masak. Aku pakai periuk kecik aje sebab kuali aku besar sangat. Aku bukannya nak buat bisnes jual cekodok pisang. Nak masak sikit aje pun. Lagi satu, kalau pakai periuk, jimat minyak skit hehe.
Kau tuang minyak sampai.. ada la tinggi dalam 2 inci kot. Lagi sikit lagi bagus tapi kalau terlebih pun takpe. Yang penting bila ko letak pisang cair dalam minyak, dia cover separuh height camtuh.
Kau pasang api medium power, pastuh tunggu dia panas. Patutnya dalam 3-4 minit tuh dah panas dah. Kalau tak panas lagi, ko tambah lagi power api kau tuh. Kau jangan masukkan jari kau dalam minyak tuh pulak! Nak mampus?? Anyway, kalau nak tau dah panas ke tak, ko letak sikit pisang cair kat dalam minyak tuh.. tengok dia berbuih ke tak. Kalau dia tenggelam aje, belum cukup panas la tuh.

Ok, sekarang ko pakai la sudu kayu tadi ke atau sudu biasa, pastuh ko masukkan pisang cair tuh dalam minyak panas tadi. Kau budget la saiz dalam besar lubang mulut kau. Kalau kecik sangat pun tak best. Kalau besar sangat pun lambat nak masak. So kau pandai2 lah budget. Oh kalau ko berani, kau masukkan pisang cair tadi pakai tangan ko. Itu baru anak jantan namanya! Tapi aku kena ambik gambar, so pakai sudu aje hehe.
Bila kau letak dalam minyak tuh, kau pandai2 lah susun. Jangan main tabur aje. Susun elok2 so boleh letak banyak. Periuk aku first round muat 5 ketul aje. Kira ok la tuh.

Dah masuk dalam minyak tuh, kau jangan pulak gi chat kat internet!! Jaga cekodok tuh!! Ko belek2 la every 2-3 minutes camtuh. Sampai kaler dia jadi gelap. Cekodok pisang memang kaler gelap, kalau tak gelap, minyak tak cukup panas kot, so api ko kena tambah power lagi sikit.
Time kau tengah masak tuh, make sure kau takde jacket or baju kerja dekat sebelah. Nanti bau dia melekat! Sia2 aje kau pergi ofis bau cekodok pisang nanti hehe.
Ok skarang kau kena sediakan tempat nak hidang cekodok tuh. Kau ambik pinggan mana2, pastu kau alas dengan kitchen towel or napkin. Paper lama pun boleh. Kalau takde takpe, nak kasi minyak tuh meresap aje biar dia tak berminyak sangat. Kau jangan pakai tissue pulak, habis dia melekat kat cekodok kau nanti!

Agak2 kau punya cekodok tuh kaler dah cun, kau angkat la pastuh letak kat pinggan yang ada alas tadi. Alang2 dia tgh cantik lepak atas pinggan tuh, kau goreng la yang lain.. sampai habis. Aku dapat 12 ketul cekodok pisang in the end.

Bila dah habis tuh.. tunggu apa lagi?

Sapu je lah!

Haa boleh buat buku resepi khas utk bujang terlajak nih…dgn style penulisan yg selamber lg tidak menensenkan pembaca yer…sila la try mana tau laku…
wehh..nampak macam sedap jerr….hari tu i made some cekodok pisang tapi kerasss skett…apa rahsia anda????
arie: hehe memang cukup slamber dah lepak hehe
princess: itu memang kesialapan biasa orang bujang dan anak dara.. fikir kuantiti aje hehe… pisang kena belih dari tepung.. not the other way round! (macam bagus je aku ni hehe)
ooooohhhhhhhhhhhh itu macam ke incik ijun????
ijun, ur resipi betul style bujang terlajak. color cun lagi.
but nampak u buat cekuduk tuh memang betul lah cara tuh.
good job! rajin anak bujang satu nih!
haah la.dah la pandai masak, pengemas pulak tu…tgk rak rak dia tu, sejadah dia lipat woo…tak main sidai atas exercise machine. tau
pandai mak iJun train iJun.
we want more! we want more! we want more! (10x)
Wahhhh.. (6 harakat), lepas kutuk2 ijun bagai nak rak, kita puji2 pulak dia eh?
waah…ni boleh kalah nigella lawson nih..
Sian Nyet.. pisang nyet kena curi…
mana model cekodok pisang?! letak la sexay montay kat atas meja tepi bunga tu skali……owner dia nak fames sensorang je.
Ada pulak aktiviti bermanfaat untuk dibuat bila dah bujang terlajak ek. Inspiring me to do sth about the udang at home.
Kebetulan 2 tiga hari lepas KLFM meminta pendengar SMS stesen tentang nama Inggeris Jemput Jemput Pisang ata Cekodok Pisang.
Ada orang bagi Invite Invite Banana
ada yang lain bagi Frog Banana.
DJ kata Fried Banana Balls. Pok Ku bengang mendengar. Mana ada pisang jantan?
Dema tak tau ke Banana Fritters?
Pokku SO funny they! Banana nugget tak boleh ke?
Ijunnn,
the man with so many talents - i can go banana!
ah.. finally after menagih simpati duk mintak cekodok pisang frm blog to blog, the guy finally gave up and buat sendiri..
but iJun.. mana ada pisang ‘cair’.. lembik or penyek or lenyek ada laa..
so bila nak buat recipe book - iJun: the nekid chef ? *winks*
princess: eleh buat2 taktau pulak
ely: now who said i never cook?
nazrah: err.. ikut contoh kengkawan je hehe
si nana: ha.. sapa yang malu? eceh..
nefertiti: nigella is sooooooo sexayyyyyyy
~~~
aida: nyet makan pisang import dari Jamaica or Costa Rica je.. dari Brasil dia tak suka hehe
teek: oh dia gi jogging sebab harituh kena sakat perut buncit hehe
maine: udang kat sini mahal
(
pok ku: bunuh aje semua!!!
OOD: many talents?
binx: cair ke lenyek ke penyek ke semua sama aje hehe! err… belum cukup power lagi nak buat buku resipi hehe
yg warna merah dalam vase tu part of the recepi ke?
apalah kau ni… mana ada orang campur bunga dalam cekodok? gila apa? hehe
looks can be very deceiving!
Ahems. Now I nak auction off Saudara Ijun. Antara kepandaian, pandai makan sendiri, pandai masak sendiri esp jemout jemput pisang.
BTW for some reason my PC cam ade scratch and sniff facility, terbau the bau cekodoks.
BTW i put egg in my cekodoks with some baking powder so its soft and fluffy
izzat: what are you trying to say huh? sedap lah!
sunflora: oi apa auction2 ni? ingat macam citer Tiga Abdul ke? hehe. jangan mare ya.. nanti kena jual! :lol:
oi! make some for me!
nampak sedap tu! *drooll* Hmm.. malaihnya nak benyek pisang!! Haiyaa..you make me want to eat cekodok now!!
besar giler cekodok pisang ko! buat la comel comel, tak abis cepat sangat, boley ’savour’kan.
hey malaysian living in UK ke? bestnyerr!! lama gilerr tak jumpe malaysian… rindu.